Isnin, 10 Mac 2014

Pendahuluan.

GGGE 2123 Ternologi dan Inovasi dalam pendidikan.


             Sejak akhir-akhir ini dunia semakin berkembang luas terutama dari sudut penggunaan teknologi. Keperluan dalam zaman yang penuh global ini menjadikan dunia semkin diluar batasan manusia. Umumnya teknologi boleh dimaksudkan sesuatu alat yang boleh mengerakkan dan melancarkan sesuatu perkejaan, namun begitu sistem -sistem dalam merumuskan pengertian teknologi banyak maknanya iaitu yang melibatkan akal, seni, ilmu, pangkal ilmu, sistem, sains, panduan alat dan bukan alat. oleh itu tidak semestinya teknologi itu hanya tertumpu kepada sesuatu yang selalu digunakan oleh manusia. 

               Perkembangan dalam bidang teknologi ini membawa kepada suatu sumbangan yang cukup besar dalam sesebuah negara. Teknologi bukan sahaja boleh digunaknan dalam bentuk politik, ekonomi dan sosial secara umumnya, ia mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat khususnya dalam dunia pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).
            
               Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata
pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan
penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran
Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada
tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk
memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program program ICT yang
dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan
penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala
kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan
keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan
perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan
bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan.

    Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur sepertimakmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayanbagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT.Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yangserba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dankemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nantipelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagaim penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

   Rumusannya dalam pembangunan pendidikan dalam negara ini, kerajaan sememangnya amat prihatin dalam penggunaan teknologi dalam struktur pembelajaran. Kerajaan berpendapat bahawa dengtan adanya pelbagai kemudahan teknologi ini ia dapat membentuk pelbagai inovasi yanng berterusan  tidak kira kepada guru mahupun pelajar.