Sejarah Pendidikan Negara..


SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU SEBELUM MERDEKA

Sistem pendidikan di Malaysia sejak awal 1900 hingga penyata Razak.
Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Razak) tidak terdapat satu pun Sistem Pendidikan Nasional di Tanah Melayu pada ketika itu. System pendidikan tidak selaras dan hanya menumpukan kepada kaum masing-masing. Di Tanah Melayu sebelum wujud penyata Razak hanya empat system sekolah yang berlainan di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina,Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.
Poul Chang Ming Phang menyatakan sistem sekolah berbilang bangsa di Tanah Melayu yang wujud adalah disebabkan tiga factor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa yang terdiri dari Melayu, cina, dan india. Seterusnya ialah usaha-usaha individu-individu dan badan-badan mubaigh yang menubuhkan tempat pendidikan untuk penduduk. Factor ke tiga ialah ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bangsa dan bahasa ini telah menyulitkan proses Nation Building iaitu pembinaan bangsa selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.



Pendidikan Melayu

Pendidikan melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke 19. Sebelum itu pendidikan melayu umumnya berbentuk agama. Dalam pendidikan agama, murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam masjid. Pada waktu ini bahasa melayu tidak dititikberatkan kerana pada waktu ini ibu bapa lebih mementingkan pendidikan agama islam. Pada tahun 1821 sebuah sekolah melayu dibuka di Gelugor sebagai cawangan Penang Free School( Sekolah Aliran Inggeris) yang diasaskan oleh R.S.Hutchings pada tahun 1816. Seterusnya sekolah-sekolah melayu ini berkembang di negeri-negeri selat dan seterusnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Bilangan sekolah pendidikan Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menigkat kepada 266 buah pada tahun1907.
Mengikut Dr Awang Had Salleh, pendidikan secular Melayu anjuran British mempunyai empat tujuan besar, iaitu pertama mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan, kedua mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi, ketiga ialah menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah dan yang keempat ialah menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang member peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup trasional orang Melayu.
Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran pelajaran hingga ke Darjah Enam. Taraf pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917 pengajaran utama yang diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta kerangan. Sejak tahun 1917, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yangsesuai.
Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada peringkat awal adalah lembap oleh kerana sebab-sebab berikut iaitu pertama ialah ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga anak-anak mereka yang diperlukan bagi kerja di rumah, keduanya ialah syak wasangka terhadap pendidikan secular yang tidak menitikberatkan pelajaran Quran dan ketiga ialah ibu bapa lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad kedua puluh pendidikan Melayu mula erkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan secular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memeperkenalkan tulisan Rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1878 Maktab Melayuj Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian dalam tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibuka di Matang, Perak. Maktab perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjun Malim, Perak. Pada tahun 1924 sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pada tahun 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Pendidikan Cina

Pendidikan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854 sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura. Di antara tahun-tahun 1854-84 lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tnah Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan capua. Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad kedua puluh akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik Negara Cina seperti Kang Yu-wei dan Sun Yat-sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik di kalangan orang Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Di antara tahun-tahun 1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari Negara China. Di setengah-setengah sekolah, perkembangan politik di Negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.
Mulai tahun 1920 bahasa Mandarin (kuo-yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Ini adalah selaras dengan perkembangan di Negara China di mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal Kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian pada tahun 1920 Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawasi sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana sekolah-sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik Negara Cina. Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan . Kerajaan British mula member bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina pada tahun 1923. Kerajaan British telah melantik seorang Nazir Sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah-sekolah Cina. Sekolah Cina memp[unyai pelajaran rendah selama 6 tahun, menengah rendah selama 3 tahun dan menengah atas selama 3 tahun. Sekolah0sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke university-universiti di Negara China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah-sekolah Melayu kerajaan dan sekolah-sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938.



Pendidikan Tamil

Pada tahun 1821 sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun 1850 terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh Kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian seperti dinyatakan oleh Paul Chang, Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan lading kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah. Mulai tahun 1870 sekolah-sekolah kecil tyelah dibuka di lading-ladang di mana penduduk India memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil usaha persendirian. Kerajaan British pada masa itu tidak menganggapnya peru bagi member pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905 terdapat 13buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1923 Kerajaan British memperkenalkan Kanun Buruh yang memaksa pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 oarang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil ialh kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah rendah. Sekolah-sekolah Tamil di lading hanya memberikan pelajaran rendah selama 4 tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan oaring India ada menubuhkan beberapa sekolah Tamil di Bandar. Mutu sekolah-sekolah Tamil ini lebih tinggi dari sekolah-sekolah di lading. Pada tahun 1920-an Kerajaan British mula mengawal sekolah-sekolah Tamil. Seorang Nazir Sekolah-sekolah Tamil berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932 Kerajaan British mula member bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil.



Pendidikan Inggeris

Kebanyakan sekolah bahasa Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah-sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Sekolah-sekolah Free dab Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-Aid English Schools). Sekolah-sekolah Free dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan Kerajaan. Sekolah-sekolah ini seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah0sekolah Inggeris Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan-persatuan mubaligh. Apabila telah berkembang, sekolah-sekolah ini telah mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.
Sekolah-sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-mubaligh. Sekolah-sekolah ini dinamakan Sekolah-sekolah Free kerana ia menerima murud-murid berbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialh Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. hutchings pada tahun 1816. Sekolah-sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School (1834) dan Malacca Free School (1826). Semenjak ditubuhkan sekolah-sekolah Free berada di bawah naungan Kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah Free telah diambil alih oleh Kerajaan sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh Kerajaan ialah Malacca Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh Kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928 sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya.
Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Katholik, Kumpulan Mubaligh Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah-seolah mubaligh terbuka kepada kanak-kanak yang terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah-sekolah tersebut ialah untuk member pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75% murid-murid lelaki yang memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah-sekolah mubaligh. Persatuan-persatuan mubaligh telah membuka sekolah-sekolah bagi murid-murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh Kristian adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah-sekolah perempuan yang ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur-1893, Sekolah Convent, Kuala Lumpur-1899, Sekolah Perempuan Pudu, Kuala Lumpur-1914, dan Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang. Menjelang tahun 1947 terdapat 33 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhksn oleh Kerajaan. Antara sekolah-sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi murid-murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese, Pulau Pinang-1891, Sekolah Lelaki Methodist, Kuala Lumpur-1897, dan Sekolah St. John-1904.
Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1905 Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsar yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu.tujuan utama Maktab Melayu adalah untuk member pendidikan kepada golongan atasan melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan Awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919 terdapat 17 buah sekolah inggeris Kerajaan di Tanah Melayu.Sekolah-sekolah ini bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani. Kebanyakan murid sekolah –sekolah tersebut terdiri daripada bangsa cina dan india.
Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah-sekolah Inggeris. Sukatan pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya peperiksaan-peperiksaan bagi memperolehi biasiswa Queen (1885) dan sijil Cambridge (1891). Sekolah-sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah. Sekolah-sekolah rendah meliputi pendidikan selama tujuh tahun, iaitu sampai darjah lima. Sekolah-sekolah menengah pula meliputi pendidikan selama empat tahun iaitu sehingga murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, ilmu alam,matematik asas, ilmu kesihatan,dan latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah-sekolah menengah yang besar di kawasan-kawasan Bandar. Sukatan pelajaran sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan kepada sekolah-sekolah menengah di Britain. Justeru itu,murid-murid sekolah inggeris telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.
Satu sistem yang dinamakan normal class telah dimulakn pada tahun 1905 di Kuala Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adlah mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar waktu pengajaran selama dua tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3tahun mulai tahun 1925. Selepas perang dunia kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan Maktab-maktab perguruan berasrama. Maktab perguruan Kirby telah ditubuhkan pada tahun 1951 berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.

Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di singapura pada tahun 1905. Maktab ini menjadi sebuah university pada tahun1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran sains dan sastera. Institusi-instusi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931) dan Maktab Teknik. Maktab pertanian Serdang ke taraf Unversiti pada tahun 1972. Pada tahun1949 Universiti Malaya (gabungan maktab Raffles dan King Edward VII) telah dibuka di singapura. Pada tahun 1959 cawangan university Malaya telah dibuka di Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan 1962. University asal di singapura mula dikenali dengan Universiti Singapura.

Tiada ulasan: